Sembilan jam tangan kanak-kanak ini mengubah keajaiban pembelajaran dan kreativiti menjadi keseronokan yang boleh dipakai. Empat jam tangan Story Time yang menampilkan jarum Flik dan Flak yang ikonik, menjadikan pembelajaran semudah 1, 2, 3. Atau patutkah kita berkata A, B, C? Warna primer KNOW YOUR ABC adalah cerah, riang, dan dipenuhi dengan semangat untuk belajar. Walaupun huruf-huruf menari di atas tali jamnya, jam tangan ini masih jauh lebih ranggi daripada kerja rumah, pastinya. Dengan alat tulis berwarna merah jambu, ungu dan kuning yang ceria, pad nota dan beg galas yang mencolok di tali jam, IN MY BAG adalah seperti senarai semak yang meriangkan untuk menyiapkan bekas pensel dan beg sekolah untuk pagi Isnin. Si kecil tidak perlu takut terlambat – jam ini direka bentuk untuk menjadikan pengurusan masa semudah satu dua tiga, mujurlah ada muka jam sukuan berkod warna yang disetkan dalam warna putih padu dengan kesan indung mutiara untuk si mutiara kecil anda.
Angkat tangan anda jika anda tahu jawapannya: apa yang boleh dilihat di dalam bilik darjah di seluruh dunia? SCHOOL STUFF – dilitupi dengan pembaris, pensel, dan kapal terbang kertas pada tali jam biru langit malam – mendedahkan jawapannya. Dan kita tidak boleh melupakan berus cat untuk jiwa kecil yang artistik. Inspirasikan mereka untuk melepaskan seniman dalaman mereka dengan ARTY ANIMALS, di mana trio comel iaitu panda, arnab, dan penguin bersedia untuk berseronok melukis dengan warna jingga dan biru.
Kanak-kanak yang lebih besar boleh memilih daripada lima jam tangan Power Time, masing-masing menampilkan tiga jarum dan muka jam berkod warna dengan jarum jam dan minit sepadan dengan angka pada muka jam, menjadikan pembacaan waktu mudah dan intuitif. Selepas seharian sibuk belajar di sekolah, bersantailah untuk waktu mewarna dengan krayon bersama rakan-rakan anda. RAINBOW CRAYONS, dengan coretan dan krayon berwarna pelangi, menginspirasikan mereka untuk bermimpi dalam beraneka warna sambil memastikan mereka sentiasa tepat masa. Malah muka jam ini mempunyai pelangi gradien dengan kesan metalik. Bukankah "kawan baik selamanya" dizahirkan sebaik-baiknya melalui gelang tangan persahabatan? Reka bentuk gelang tangan persahabatan FLIK FLAK BFF yang berwarna merah jambu dan ungu ini adalah tentang meraikan kawan baik kita yang terdekat dan tersayang semasa membesar. Masa mungkin berlalu dengan pantas, tetapi kenangan bersama kawan baik zaman kanak-kanak akan kekal selama-lamanya.
Berbisik secara kod, kanak-kanak mengubah rahsia menjadi permainan dengan CODE TALK. Tangan kecil membuat tanda ceria dalam warna teal dan hijau terang di seluruh tali jam sementara kesan metalik menambah ranggi pada muka jam. Apakah cara yang lebih baik untuk melepaskan lelah selepas sekolah kalau bukan menyanyi sepuas hati pada mikrofon karaoke? Reka bentuk muzikal merah jambu KARAOKEEE yang sungguh seronok akan membuatkan pencinta muzik mini anda menyanyikan lagu kegemaran mereka dengan penuh kegembiraan. Jika mereka mempunyai cita-cita untuk berada di pentas besar, STAGE STAR, dengan alat muzik, bintang, dan stereo menjadi tumpuan utama berlatar belakang hitam pekat yang membawa suasana bintang rock. Kesan metalik pada muka jam dan bezel berputar memberikan jam tangan ini faktor bling yang sempurna untuk bintang mini yang ingin tampil dengan jam tangan paling bergaya di kawasannya.
Tidah kisah jam tangan mana yang membuat si pelajar kecil anda melompat kegembiraan, anda boleh yakin bahawa kesemuanya dibina untuk bertahan lama. Setiap jam tangan dilengkapi dengan tali jam tekstil PET kitar semula dan diperbuat daripada bekas serta aksesori bahan bersumberkan bio. Jam tangan ini juga bebas BPA dan boleh dibasuh mesin, menjadikannya mesra kanak-kanak sebaik yang mungkin. Ya, jenama Swiss ini benar-benar merupakan teman ideal untuk usaha kreatif yang paling bersepah dan liar yang dapat dibayangkan. Flik Flak sentiasa bersama anda, menghilangkan tekanan daripada saat-saat berharga pembelajaran dan keseronokan.
Cetuskan kecintaan si kecil anda untuk mencipta dengan salah satu jam tangan Classroom Creations ini yang diinspirasikan oleh aktiviti dan saksikan keajaiban pembelajaran mengenal waktu terungkap, halaman demi halaman.