Masa snek menjadi lebih seronok dengan koleksi Flik Flak x monbento

3 Julai 2025

Belajar mengenal waktu sambil mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah kerja yang melaparkan! Kanak-kanak akan lebih teruja apabila menunggu masa snek terima kasih kepada kolaborasi Flik Flak x monbento kami yang istimewa. Koleksi satu-satunya ini bukan hanya menampilkan satu, malah dua jam tangan Swiss istimewa untuk kanak-kanak yang didatangkan dalam set yang bergaya dengan bekas makan tengah hari yang sepadan. Kombo yang hebat ini boleh menjadi hadiah yang bertimbang rasa, praktikal dan berpendidikkan untuk kanak-kanak, mengajar mereka bahawa mereka perlu makan dengan baik untuk membesar dengan baik. Dengan jam tangan yang boleh dipercayai dan bekas makan tengah hari yang mampan, mereka akan menjadi lebih berminat untuk membawa makanan yang sihat dan bermain di luar.
Reka bentuk kedua-dua set jam tangan dan bekas makan tengah hari ini penuh dengan kehidupan dan warna.
BERRY NICE
kelihatan seperti hari musim panas yang cerah. Strawberi berwarna pastel terpampang di seluruh penutup bekas makan tengah hari, dikelilingi oleh bunga untuk membuahkan suasana yang paling segar. Malah ia juga mempunyai kesan metalik yang ranggi pada muka jam untuk membawa faktor seri ke tahap yang lebih tinggi.
DINO DINER
menampilkan reka bentuk yang cekal dan berani, dibuat dengan memikirkan keroncongan - atau boleh kita katakan auman - perut si-kecil. Sekawan dinosaur kuning terang dan biru yang lapar sedang mengunyah dan berarak melalui masa pada tali jam dan penutup bekas makan tengah hari!
Diperbuat di Perancis, bekas
monbento®
berpetak 500ml direka bentuk dengan memikirkan kedua-dua fungsi dan keselamatan. Bekas kedap udara ini bebas BPA, selamat gelombang mikro dan mesin basuh pinggan mangkuk. Ia menampilkan bucu ergonomik untuk mudah dibuka, kawasan penyimpanan khusus untuk sudu garpu dan cawan berasingan untuk penyusunan yang optimum. Semuanya diikat dengan kukuh oleh jalur elastik.
Setiap daripada dua jam tangan baharu untuk kanak-kanak ini didatangkan dalam pembungkusan khusus yang sepadan dengan reka bentuk jam tangan dan bekas makan tengah hari. Bukan itu sahaja – untuk membantu memberi inspirasi kepada generasi akan datang supaya menjaga planet yang kita diami ini, kedua-dua set dibuat secara bertanggungjawab dan dibina untuk tahan lama. Jam tangan tekstil mempunyai tali jam kitar semula PET dan bekas, gelung, lidah, dan gancu bahan bersumberkan bio. Ini juga boleh dibasuh mesin, menjadikannya mesra kanak-kanak sebaik mungkin. Jam tangan ini benar-benar merupakan peneman yang ideal untuk pengembaraan mengenal waktu yang riang gembira – dan kadang-kadang bersepah– sambil menikmati hidangan.
Bantu si-kecil dalam kehidupan anda membina keinginan untuk belajar mengenal waktu dan menjaga diri sendiri dan persekitaran dengan kombo jam tangan dan bekas makan tengah hari yang sepadan ini.